• Main
  • Gallery

Setiap Jenis Sensor Ada Peranan Penting Untuk Pastikan

Setiap jenis sensor ada peranan penting untuk pastikan enjin kereta korang berjalan lancar, jimat minyak dan selamat.

1. OXYGEN SENSOR
• Terletak di sistem ekzos.
• Ukur kandungan oksigen dalam gas buangan.
• Bantu ECU laraskan air-fuel ratio supaya pembakaran lebih efisien dan bersih.

2. COOLANT TEMPERATURE SENSOR
• Ukur suhu air dalam radiator.
• ECU guna data ni untuk kawal radiator fan, air-fuel ratio, dan meter suhu.

3. MASS AIR FLOW SENSOR (MAF)
• Ukur jumlah udara yang masuk ke enjin.
• ECU guna data ni untuk tentukan berapa banyak fuel perlu dihantar ke dalam combustion chamber.

4. CAMSHAFT POSITION SENSOR
• Bagi tahu kedudukan camshaft.
• Camshaft kawal bila intake dan exhaust valves buka atau tutup.
• Bantu ECU tentukan ignition timing dan air-fuel ratio dengan lebih tepat.

5. CRANKSHAFT POSITION SENSOR
• Ukur posisi dan putaran crankshaft.
• Data ni penting untuk ECU tahu bila nak aktifkan ignition system dan hantar fuel.
• Kalau rosak, enjin susah hidup atau terus tak boleh start.

6. NOx SENSOR
• Ukur tahap nitrogen oxide (NOx) dalam ekzos.
• Digunakan dalam sistem kawalan emisi, terutamanya untuk enjin diesel.

7. VEHICLE SPEED SENSOR
• Ukur kelajuan kenderaan.
• Digunakan untuk speedometer, ABS, dan transmisi automatik.

8. MAP SENSOR (Manifold Absolute Pressure)
• Ukur tekanan dalam intake manifold.
• Bantu ECU kira jumlah udara masuk dan laraskan fuel delivery serta ignition timing.

9. THROTTLE POSITION SENSOR (TPS)
• Ukur kedudukan throttle valve.
• Bila tekan pedal minyak, valve akan buka dan sensor ni bagi signal pada ECU untuk tambah atau kurang fuel dan laraskan timing.

10. ENGINE SPEED SENSOR
• Ukur RPM enjin (revolutions per minute).
• Signal ni bantu kawal ignition system dan fuel control.
.
Dapatkan perkhidmatan kami dimana-mana cawangan yang berhampiran dengan anda. Kunjungi 9 cawangan AR Auto World yang berdekatan dengan anda.
.
Servis yang kami tawarkan seperti dibawah.
.
✅ NORMAL SERVICE / MAJOR SERVICE
✅ MINOR REPAIR / MAJOR REPAIR
✅ SERVICE AIRCOND
✅ DIAGNOSE
✅ SPARE PART ORIGINAL
✅ TROUBLESHOOT
✅ WIRING
✅ RENEW ROADTAX & INSURANCE